Wednesday, December 9, 2009

panduan membeli buku agama..


alhamdulillah saya diberi kesempatan dan ruang untuk nge-blog kembali. semoga entry pada kali ini memberi manfaat buat semua.^_^
i'll try make it short..
topik- topik seputar yang sering dibincangkan kini semakin hangat. membuatkan ramai yang tertanya bagaimana mendapatkan buku atau sumber rujukan yang baik dalam proses memahami agama. oleh kerana buku- buku yang berbasiskan agama semakin banyak dan 'bersepah- sepah' di market boleh membuat seseorang itu pening untuk memilih buku yang mana terbaik untuk dirujuk atau dijadikan pedoman dalam hidup. bahkan, bagi yang baru mula berjinak- jinak dengan agama akan merasakan beban untuk menimba ilmu ini dan akhirnya 'kelewatan semangat'..

sebelum mengenal dengan buku, jom kita ketahui terlebih dahulu dalil tuntutan menuntut ilmu dan fadhilat menuntut ilmu neyh..

dalil tuntutan membaca
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan"
(al'Alaq 96: 1)

"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah"
(al'Alaq 96: 3)


menurut Imam Syaukani dalam kitabnya Fatul Qadir ayat ini bermaksud bacalah apa yang diwahyukan..ataupun
perkara yang dibaca haruslah berdasarkan wahyu.
walaupun tajuk ini tentang 'buku' namun jangan lupa sistem belajar dari pengajar merupakan susur galur yang diperlukan untuk mendapat keberkatan. kita tidak boleh terlalu ekstrim seperti belajar sendiri sahaja dengan hanya membaca kerana ditakuti salah dalam memahami atau salah dalam penafsiran. oleh itu
talaqqi(berguru) juga penting dalam proses belajar. seperti menghadiri kuliah ulama', kelas agama, atau yang lebih simple belajar dengan orang yang lebih pengetahuannya dari kita. dalil tentang talaqqi ini ada pada (alQiyamah 75:16-18) check ok! ingatlah hanya dengan ilmu kita dapat memahami serta mengamalkan hidayah Allah.

dalam menuntut ilmu selalulah berdoa...
"......dan Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
(Thaha 20: 114)


fadhilat orang yang berilmu
jika Allah inginkan kebaikan bagi manusia, Allah akan beri hidayah dengan mendekatkan diri manusia itu pada ilmu agama. Allah juga membezakan orang yang berilmu dan tidak berilmu sebagaimana dalam ayat:
".....Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
(azZumar 39: 9)

"barangsiapa yang Allah menginginkan kebaikan bagi dirinya, maka Allah akan membimbing untuk mempelajari agama"(HR Bukhari dan Muslim)


then,
back to the basic, ilmu agama ini apa- apapun akan kembali kepada Alquran dan juga Sunnah.
sekadar mengingatkan, tidak ada yang lebih mengetahui melainkan Allah.

bagaimana kita tahu kena solat?
sebab Allah cakap dalam alQuran( alBaqarah 2: 110)

bagaimana kita tahu pergerakan dalam solat, wudhuk dan sebagainya?
sebab dijelaskan dalam hadith nabi.."solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat(HR Bukhari) dan hadith- hadith lain.

puasa??
Allah jawap lagi dalam alQuran (alBaqarah 2: 183)

betul ke ada tahajjud?
(alFurqan 25: 64)


betul ke kita disunnahkan beri salam, bersedekah, berzikir? dan cara- caranya??
cari.....


macam mana nak cari?
huhu..

jadi setiap amalan pasti ada dalil yang mensyariatkannya, mungkin dari alQuran atau hadith, dan mungkin juga dicontohi oleh para sahabat. kerana para sahabat itu merupakan orang yang paling dekat dengan nabi dan lebih memahami situasi ketika hadith itu berlaku.

kitab- kitab yang terbit dari sumber ini(alQuran dan Hadith) dapat dibahagi kepada beberapa bahagian supaya senang untuk dijelaskan.

  1. kitab primer
  2. kitab sekunder
  3. kitab tertier
  4. kitab quartus

jadi apabila kita pergi ke kedai buku agama, senang untuk kita memilih buku jenis apa yang dicari. sebab kat kedai ada macam- macam jenis buku. belum lagi macam- macam penulis, penerbit, tajuk..

kitab primer
kitab yang langsung
mensyarahkan ayat alQuran dan hadith
contoh: tafsir ibnu katsir(alQuran), Fathul bahri(shahih bukhari)

kitab sekunder
kitab yang menggolongkan
perbahasan kepada akidah, feqah atau akhlak dll.
contoh: fathul majid(bahas tentang aqidah), fiqh manhaj(bab-bab feqah), al-umm(ni kitab imam syafie), riyadus solihin(mengelaskan kepada adab, keutamaan2, akhlak, salam)
kitab ni sering ada takhrij(dinilai kembali kedudukan hadith) so,
hati-hati sewaktu beli kitab ini, tanyakan sama ada ada kitab takhrij nya ataupun tidak. sebab mungkin sewaktu menulis buku ini terjadi kesilapan dan dibetulkan kembali oleh penulis atau ulama' setelahnya.

kitab tertier
spectrum nya lebih sempit dan lebih spesifik lagi dalam
mengkhususkan perbahasan agama seperti membincangkan bab- bab tertentu dan dibahagi mengikut topic. biasanya bersaiz lebih kecil dan nipis.
contoh: zakat, puasa, sifat solat nabi,tahajjud nabi, thaharah
kitab tertier ini mengambil rujukan dari kitab primer dan sekunder dan sering mendatangkan lebih dari satu pendapat.
>>
buku ini paling sesuai untuk pemula sebab lebih ringan dan mudah dirujuk..(^_^)



kitab quartus
kitab ini kitab agama yang
dikaitkan dengan beberapa bidang profesional seperti perubatan, sains kadang- kadang tentang pengalaman hidup atau kajian semasa dll. ayat Quran atau hadith- hadith biasanya disertakan tetapi cuma untuk mengaitkan dengan isi- isi penting dan tidak diperdalam.
contoh:kesihatan menurut sunnah(Dr daniel) the choice((ahmed deedat)
buku- buku seperti ini
tidak digalakkan membacanya kerana bercampur baur dengan pemikiran penulis namun tidak dinafikan ada kebaikannya.

panduan lain:
footnote. biasanya buku yang baik adalah menyediakan footnote sebagai rujukan pembaca. contohnya apabila penulis menyajikan hadith, dia tidak lupa melampirkan siapa yang meriwayatkan dan derajat hadith tersebut, sama ada shahih, hassan( yang boleh diterima hujah) atau dhaif. atau kitab hadith tersebut.

penulis dari ulama' terkenal, imam ahlussunnah seperti imam-imam hadith, ibnu taimiyyah, ibnu jauzy, ibnu qayyim, imam- imam mazhab(Hambali, Syafie'), nasiruddin al-albani, abdul aziz abdullah bin baz(mufti arab saudi), yusuf qaradawy, Dr MAZA, abdul qadir jawaz(indonesia).

jika penulis yang mungkin tidak terkenal, biasakan dengan membeli buku yang mempunyai tahqiq(disunting) atau recommendation dari ulama' besar.
kalau tidak tahu mungkin boleh bertanya kepada sebelum membeli.

penerbit
kadang ada penerbit yang menjaga mutu isi kandungan buku terbitannya seperti penerbit atTibyan, alKautar, darusSunnah, pustaka imam syafie(ini contoh- contoh di msia dan indo)

kedai buku
juga ada kedai buku yang sangat menjaga buku- buku yang dijual. kenali kedai- kedai seperti ini agar memudahkan kita memilih buku. kalau di indo mungkin boleh membeli di kwitang
(toko ahlussunnah).

namun, perlu diperhatikan kesalahan- kesalahan dalam penterjemahan. ini merupakan kekurangan apabila mempelajari hasil dari terjemahan. dari bahasa arab ke bahasa msia atau indo.. jadi sebaiknya, apabila ingin
mempelajari kitab- kitab tafsir atau hadith sebaiknya belajar dalam bahasa asalnya iaitu bahasa arab... :p jadi, mungkin pada 'bekas' pelajar bahasa arab dapat memanfaatkan ilmu bahasa arabnya ketika disekolah.

hati- hati kepada buku yang mempunyai fahaman- fahaman tertentu. mereka sering menyandarkan dalil tetapi berlaku maradhus syubhah( penyakit syahwat) dalam memahami dan melaksana kan ilmu agama. seperti syiah, islam liberal dll...

sekian, segala kekurangan dengan berlapang dada saya menerima teguran dan masukan. panduan memilih ini bukanlah sesuatu yang wajib diikuti tetapi mungkin dapat memudahkan bagi individu yang mencintai ilmu.. konsep yang sama dapat diaplikasi dalam mencari sumber rujukan yang lain seperti internet. pastikan terdapatnya nota rujukan seperti ayat ke berapa dalam surah tertentu, atau hadith yang diriwayatkan oleh siapa.

ingat, jangan 'kelewatan semangat'. berkobar- kobar belajar agama akhirnya lelah, dan berhenti sama sekali. mungkin lebih baik secara bertahap dan berterusan... lakukan mengikut kemampuan diri. jangan terlalu memaksa, seperti membaca buku- buku yang berat dan level yang tinggi. Dan jika confuse jangan malu untuk bertanya dan menyebabkan anda fobia untuk mengenal agama.

kesimpulannya kita dituntut untuk membaca ayat- ayat Allah serta selalu berdoa kerana tiadanya hidayah melainkan atas kehendak Allah. Pertama- tama sewaktu membeli buku, tetapkan dulu jenis buku yang diinginkan sama ada tafsir alQuran sahaja, perbahasan pertopic seperti solat, atau inginkan buku- buku himpunan hadith shahih. Kemudian perhatikan isi kandungan dan footnote yang disediakan, penulis dan penerbit.

So sekarang boleh la aplikasikan dengan membeli buku- buku tertier..


akhir kalam selamat study pada teman- teman...

thanx kepada holyprince kerana menyampaikan ilmu..^^ thanx again pada mak atas koreksinya!

(
menulis sambil menunggu loading cerita "cinta sempurna".).^_^

Wednesday, December 2, 2009

kerana aku wanita~


Rindu..rindu..rindu…rindu…!!

Riak- riak air mata mula kelihatan. Entah kenapa hari ini sangat sedih. Sangat sensitif. Wajah didongak kan ke langit yang membiru. Sayu. Semuanya terlihat suram dan kelam..


Perlahan langkah diatur. Dari jauh kelibat seseorang yang dikenali membuatnya menunduk. Tidak berani menoleh. Kelibat itu melintasi dirinya tanpa pamit.


Hitam kah hati? Mungkin bahana dosa- dosa hari ini atau lalu…

Jiwa cuba mengungkai pintalan tali kesedihan yang melanda. Semuanya bercampur baur.


Mata kembali memandang ke arah langit. Mengharap suatu ketenangan.. dentuman guruh menambah rasa gundah yang melanda..


Mungkin kerana kebodohan.. diri ini sering lupa dan alpa.. menyesali benda yang tidak boleh diputar kembali benar- benar menyiksa jiwa.


Maafkan diri ini kerana tidak sempurna. Benak air mata mula terlihat lagi. Suatu perasaan yang sukar dimengerti. Mungkin kehendak tidak dituruti. Atau mungkin lelah menunggu. Penat merindu. Saat ini hatinya seperti kaca tipis yang menanti waktu untuk pecah berderai.


Diraup wajah sambil beristighfar. Mengharapkan ampunan dari Allah yang maha esa. Yang maha memahami hatinya saat ini. Tersentak dari lamunan yang menuntun hati.


Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari rasa gundah gulana dan kesedihan, lemah dan malas, kedekut dan penakut, lilitan hutang dan penguasaan orang lain..(HR Bukhari)

.........

Teringat semalam( 1dec 09) ketika kuliah Dr Noto Alfiah, beliau yang beragama Kristian menyatakan dalam kuliah anestesinya bahawa anestesi pertama dalam alam ini adalah oleh Allah, yang mana pada ketika diciptakan Eva(Hawa) dari tulang rusuk kiri Adam tanpa rasa sakit.


Kemudian sambung beliau lagi kenapa wanita itu dari tulang rusuk, kenapa bukan tulang kepala dan kaki? Kerana kalau kepala, wanita itu akan besar kepalanya, kalau kaki nanti akan diinjak oleh lelaki. Kenapa tulang rusuk? Kerana dekat dengan hati, untuk dijaga dan disayangi.


Kata- kata terakhir berliau disambut dengan sorak- sorak nakal pelajar lain. Saya turut ketawa. Entah mungkin senang mendengar wanita itu harus disayang dan mngkin juga tertarik dengan kisah yang didengar bahwa orang kristian juga percaya Hawa dari tulang rusuk adam..


”Berwasiatlah tentang kebaikan terhadap wanita kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau paksakan untuk meluruskannya nescaya akan patah dan jika engkau membiarkannya tetap bengkok. Maka berwasiatlah tentang kebaikan terhadap wanita”(HR Bukhari)

Sewaktu pertama kali belajar anatomi, saya sempat mengira jumlah tulang rusuk lelaki, anehnya jumlah tetap sama dengan wanita. Masa sekolah dulu pernah juga terdengar bahawa lelaki kurang satu jumlah tulang rusuk akibat diambil oleh wanita. Sekali lagi tertipu dengan sangkaan.


Orang mudah tertipu lebih- lebih lagi dalam urusan agama. Sebagaimana yang telah dibahas pada tajuk thoriq ila fi ma’rifatillah dimana sesorang itu cenderung mempelajari agama secara taqlid(ikut- ikutan) dan berperasangka. Mungkin kerana dari kecil sudah diasuh begitu.


Sebahagian besar ibu bapa meletakkan sepenuhnya malah boleh dikatakan 100% tanggungjawab mendidik dan memperlajari agama di bahu ustaz dan ustazah disekolah.


Jadi setiap yang diperkatakan oleh guru- guru agama terus tersemat didalam hati, sehingga boleh menyebabkan mereka terkeliru antara amal yang benar- benar disyariatkan dan pendapat peribadi guru agama tersebut. Namun tidak dinafikan dalam menuntut ilmu diperlukan seorang guru untuk membimbing.


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (atTahrim: 6)


Bahaya yang timbul dari tindakan ibu paba tadi adalah perkara- perkara bid’ah (yang diada-adakan) akan timbul. Sedangkan Allah janjikan bahawa ajaran islam yang dibawa oelh Rasulullah ini telah sempurna.


“Pada hari ini telah aku sempurnakan agama (Islam) untuk kalian, dan telah aku cukupkan nikmat-Ku atas kalian, dan Aku telah ridha Islam menjadi agama kalian”(alMaidah 5:3)


Justeru, kita kini yang bakal mewarisi dunia harus memperteguh keimanan dan ketaqwaan agar menghasilkan zuriat yang mencintai Allah dan rasulnya.. serta mempelajari agama atas dasar tanggungjawap.


Buat gadis, anak kepada ibu bapanya juga gadis yang bakal bergelar isteri dan ibu.^-^ serta peringatan buat diri ini yang sering lupa..


wanita..

kelembutannya bukanlah untuk dijual beli. tetapi untuk mendamai kan sang hati.


”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(arRum 30:21)



Orang sering berkata air mata adalah kekuatan bagi wanita, bagi saya ada benarnya, namun kadang kala air mata hanya menambah sesak didada serta beban dijiwa.


Kerana wanita itu sukar dimengerti. Kadang tawanya menahan duka, kadang tangisnya membawa seribu makna. Marah, sedih, gembira..rindu.... namun Allah menciptakan hambaNya supaya bisa tertawa dan menangis.


”dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”(anNajm 53: 43)


Memang wanita ingin disayang, dimanja, dibelai..tapi..sabar ye...nikah dulu..^-^


Wanita yang solehah merupakan sebaik- baik perhiasan...


"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)


”tidak ada perkara yang lebih bagus bagi seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah daripada isteri shalihah, bila ia menyuruh maka dia mentaati, bila ia memandangnya membuat hati senang, bila bersumpah maka ia mendukungnya dan bila ia pergi maka ia dengan tulus menjaga diri dan hartanya

(Hr ibnu Majah)


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Walau apa pun, kepada wanita..bersabar lah...hati- hati pada setiap langkah yang diambil, kerana wanita merupakan golongan yang paling banyak jumlahnya di neraka..


“Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit jumlahnya dari golongan wanita” (HR. Bukhari dan Muslim)


"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penduduk neraka terbanyak”. (HR. Bukhari dan Muslim)


Kedua hadith ini sudah cukup jelas.


Cuma yang ingin saya sentuh adalah beberapa fenomena wanita pada masa kini yang mungkin boleh diambil ikhtibar dan pengajaran buat semua..(”,)


1. Berpakaian tetapi....

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim)


2. make up atau berhias berlebihan


“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama.” (QS. Al Ahzab : 33). Tabarruj adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang mestinya ditutup karena hal itu dapat menggoda kaum lelaki.


“Barangsiapa mengenakan pakaian syuhroh di dunia, niscaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini hasan) Pakaian syuhroh di sini bisa bentuknya adalah pakaian yang paling mewah atau pakaian yang paling kere atau kumuh sehingga terlihat sebagai orang yang zuhud. Kadang pula maksud pakaian syuhroh adalah pakaian yang berbeda dengan pakaian yang biasa dipakai di negeri tersebut dan tidak digunakan di zaman itu. Semua pakaian syuhroh seperti ini terlarang.


make up atau berhias berlebihan ini dapat dilihat apabila menghadiri makan malam, atau perayaan tertentu.


3. wangi- wangian

Setiap wanita mana saja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya itu, berarti dia telah berzina”. [Hadits ini Shahih. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Imam Tirmidzi. Imam Nasa'i]


wallahua'lam.....(",)m

Tuesday, November 10, 2009

mawani' fi ma'rifatullah.....

"jom ikut aku malam ni.." ajak Nina seraya memaut lengan teman baiknya Aimi..
"pergi mane? ta'lim ke? tak pelah Na, kau pergi je la. lagipun nanti ramaikan kawan- kawan kau kat sana. bukannye kau sorang- sorang nanti," balas Aimi.

"alaa, aku nak kau ada bersama, boleh ya?" Nina tersenyum mengharap.

"Na, aku malas la."

"please malam ni je..."
"nanti aku pergi jadi macam hari tu, ntah apa- apa yang disampaikan. kat ruma pun aku boleh blaja sendiri."

"malam ni ustaz lain, best tau, mana tahu kau dapat sesuatu yang baru ke"

"please, jangan paksa aku. kau fahamkan, aku tak nak. lagipun ayah aku cakap cukup la pegang ape yang aku da belajar kat sekolah. ayah aku hantar sekolah agama sejak aku darjah satu tahu?." balas Aimi. dia memandang tepat mata Nina. menjelaskan bahawa dia benar- benar tidak ingin dipaksa.

"okey, baiklah.." Nina menghela nafas panjang.

"balik nanti kau ajar aku ye." ucap Aimi memujuk Nina yang sedikit menunduk.
"insyaAllah. okeylah aku nak siap dulu."

sejauh manakah kita kenal dengan Alquran?
sejauh manakah kita kenal dengan Hadith?


cukupkah dengan apa yang kita dapat ketika belajar disekolah dahulu?

ilmu Allah ini luas, sehinggakan tidak cukup seluas lautan untuk dijadikan tinta untuk menulis kata- kataNya...


jalan....
manusia diibaratkan berada diatas diatas sebuah jalan. dimana jalan tersebut harus dilalui hari demi hari. malangnya terdapat banyak simpang yang harus ditempuh sebelum menemui tujuan sebenar. tanpa panduan dan pegangan boleh sahaja membuat mereka salah memilih jalan yang benar.

beruntunglah seandainya mereka boleh berpatah kembali mencari jalan yang benar. buruklah padahnya kepada mereka yang terus terleka dijalan yang salah, malah mati dijalan itu.....

"dan mereka berkata"sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala- nyala"(AlMulk 67:10)


namun penyesalan itu sudah tidak berguna apabila maut datang m
enjelma.....

Allah maha adil, Dia telah memberikan tanda- tanda dan juga bukti supaya manusia tidak salah memilih jalan untuk sampai kepadaNya.

seperti mana firman Allah:

"Kami memperlihatkan kepada mereka tanda- tanda(kebesaran) Kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah pada diri mereka sendiri bahawa alQuran itu adalah benar. tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu,"(Fussilat 41:53)


dimana bukti- bukti ini diperjelaskan lagi dengan dalil aqli dan naqli untuk membuat manusia berfikir bahawa setiap yang berlaku ini atas kehendakNya dan telah jelas bukti kekuasaanNya, dan kita hanyalah hamba yang dipinta untuk mengabdikan diri padaNya.

"Allah menyediakan azab yang keras bagi mereka, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang- orang yang mempunyai akal. iaitu orang yang beriman. sungguh Allah telah menurunkan peringatan kepada mu.(AtTalaq 65:10)


"....perhatikanlah apa yang ada dilangit dan dibumi! tidak bermanfaat tanda- tanda kebesaran Allah dan rasul yang memberi peringatan bagi orang- orang yang tidak beriman."(Yunus 10:101)

kita tidak dapat menolak bahawa umat Rasulullah akan terpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, yang mana hanya satu golongan yang akan diterima masuk syurga sebagaimana yang diriwayat kan dalam sebuah hadith.

Dari ‘Auf bin Malik, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) golongan, satu (golongan) masuk Surga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Surga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Surga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada beliau, ‘Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Surga itu) wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Al-Jama’ah.’(HR Ibnu Majah, Ibnu Abi 'Ashim, AlLalikaa-i)

Derajat hadits ini hasan, karena ada ‘Abbad bin Yusuf, tetapi hadits ini menjadi shahih dengan beberapa syawahidnya.


aljama'ah disini adalah merupakan golongan yang mengikuti Rasulullah dan sahabat- sahabatnya. agama yang diterima Allah hanya lah Islam dan dimana Allah telah menyempurnakan agama ini. maka tidak perlulah ianya dikurangi atau ditambah.

"sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam"(aliImran 3:19)

manakala dalam satu hadith shahih yang lain berbunyi:

“Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menasehati kami setelah sholat dengan nasehat yang menggetarkan hati dan membelalakkan mata, maka kami berkata:’Ya Rasulullah, ini seperti nasehat orang yang akan berpisah, maka wasiatilah kami’.

Beliau bersabda: ”Aku wasiatkan pada kalian untuk bertaqwa, mendengar dan ta’at, meskipun yang memerintah kalian adalah seorang Habasyiy (budak). Barangsiapa diantara kalian hidup setelahku, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian untuk berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin yang mendapat petunjuk setelahku. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu…” (HR. Abu Dawud no. 4607; AT-Tirmidzi no. 2676; Ibn Majah no. 42; Ahmad 4/126,127).

Berkata At-Tirmidzi: ”Hadits Hasan Shahih”.

orang yang berpegang teguh pada kebenaran diibaratkan sebagai menggenggam bara. sepanas apa pun,sesakit apa pun namun bara tersebut harus tetap digenggam, jika dilepas bererti lepaslah agama. suatu saat jika mati panasnya,yang tinggal hanyalah kebahagiaan yang tidak lain tidak bukan ganjaran dan pahala. insyaAllah..(",)

hadith yang berkaitan dengan pepatah ini diiwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Rasulullah yang berbunyi

"akan datang kepada manusia suatu masa, orang yang sabar pada masa itu bagaikan orang yang sedang menggenggam bara."(HR tirmidzi dishahihkan oleh Albani)


sepintas sahaja kupasan mengenai tajuk yang lepas..^^

seperti yang dijanjikan kali ini tajuk yang akan dibahas adalah mawani' fi ma'rifatullah yang bermaksud halangan dalam mengenal Allah...


buka mata besar2..(@,@)m

terdapat dua penghalang yang terbesar dalam jalan untuk mengenal Allah ini iaitu:
  1. penyakit ragu- ragu/syak/syubhah (sesi 1)
  2. penyakit nafsu/syahwat (sesi 2)
A.penyebab penyakit syubhah ini antaranya adalah sikap yang jahil.
Allah melarang kita mengikuti sesuatu yang kita tidak ketahui. yang mana sikap ini terdapat pada orang yang jahil. saat ini ramai yang bersikap sambil lewa terhadap urusan agama. mereka meletakkan tanggungjawap sepenuhnya terhadap ahli agama. kebodohan ini boleh menjerumuskan kita kepada sesuatu yang menghalang kepada mendapat hidayah dari Allah.


Allah berfirman:
"dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani semua itu akan diminta pertanggungjawapannya"(AlIsra' 17:36)

=jika tidak tahu, bertanyalah. jika malu bertanya maka carilah. kemudahan yang ada sekarang cukup banyak untuk memperoleh jawapan. selain dari buku- buku dan kitab- kitab hadith serta perbahasan ulama', kini internet merupakan medium mencari ilmu. namun harus dipastikan dahulu sumber dan keshahihan sumber tersebut.


B.yang kedua adalah disebabkan oleh penyelewengan.
sering juga agama ini diseleweng demi kepentingan tertentu. banyak hadith- hadith palsu yang bertebaran dimuka bumi ini menipu umat manusia. alangkah buruknya perbuatan itu, menipu atas nama nabi. begitu juga yang memalsukan ayat-ayat Allah mengikut hawa nafsu mereka.

bagi orang yang mudah menerima apa sahaja akan menerima apa yang disampaikan. kesannya amalan tersebut tidak sampai Nya.

"kerana mereka melanggar janjinya maka Kami melaknat mereka dan kami menjadikan hati mereka keras membatu, mereka suka mengubah firman (Allah) dari tempatnya dan melupakan sebahagian pesan yang telah diingatkan kepada mereka..."(AlMaidah 5:13)

dalam urusan agama terdapat dua golongan yang dapat menjerumus kepada penyelewengan dimana golongan yang pertama terlalu meringan- ringankan agama dan golongan yang kedua adalah terlalu melampau.

"....wahai ahli kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara yang tidak benar dalam agamamu....."(alMaidah 5:77)

C.sikap ragu- ragu juga menambah rasa syak sehingga dapat menghalang seseorang dari menerima kebenaran.

gunakanlah panca indera yang telah diberikan untuk memahami, melihat, mendengar dan mengagungkan ayat- ayat Allah serta membuang rasa ragu- ragu yang terbit didalam hati.

"dan sungguh akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat- ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda- tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang- orang yang lengah."(alA'raf 7:179)

D.dan yang terakhir adalah sikap leka dan lupa.
leka terhadap keindahan duniawi sering membuat manusia alpa terhadap
persiapan yang perlu dihadapai untuk kehidupan diakhirat. seluruh manusia di muka bumi ini dengan agama dan keyakinan berbeza- beza, dan dengan keinginan hawa nafsu yang bermacam- macam membuat mereka melakukan pelbagai perbuatan untuk mencapai kebahagiaan. namum banyak yang meleset dari harapan tersebut. jadi sikap ini merupakan salah satu penghalang manusia untuk mendapatkan jalan yang benar dan lurus...

jadi, dapat saya simpulkan bahawa antara faktor yang menghalang manusia dari mengenal Allah atau sampai kepadanya adalah kerana penyakit syubhah atau syak. syubhah ini dapat disebabkab oleh sikap yang jahil, penyelewengan dengan cara meringan atau melampau dalam urusan agama, ragu- ragu dan leka serta lupa..

insyaAllah post yang akan datang akan meninjau dengan lebih lanjut perkara- perkara yang dapat menghalang dalam mengenal Allah dari aspek syahwat.


alhamdulillah, sekian kali saya dapat membersihkan sawang-sawang yang lama menumpuk di blog yang sudah lama tidak berusik atas alasan kesibukan dan waktu yang tak mengizinkn untuk menulis..;) maaf ya^^

akhir kalam, selamat menempuh ujian bagi warga Ukrida..semoga Allah mempermudahkan urusan kalian..gambatte!!!
p/s: thanx mak atas koreksinye!

Monday, July 13, 2009

atThoriq ila ma'rifatullah


salam, semoga post kali ini memberi manfaat kepada semua. sebarang kekurangan dengan berlapang dada saya sudi mendengar teguran dan feed back dari anda. semoga Allah merahmati~

tajuk kali ini adalah berkenan tentang atThoriq ila ma'rifatullah yang bermaksud jalan-jalan kepada mengenal Allah.

sering kali manusia tersalah memilih jalan yang diambil untuk sampai kepada tuhan mereka. dengan niat yang suci, iaitu menggapai keampunan tuhan dan mencari keredhaan, bahkan menjerumuskan mereka ke kancah kesesatan dan neraka adalah tujuan yang terakhir. mahukah kita tergolong dalam golongan yang salah, hanya kerana tersilap satu langkah, sehingga memesongkan akidah dan yang dicapai bukanlah keredhaan tetapi kemurkaan.


telah jelas bahawa tuhan adalah Allah, dan Muhammad pesuruhNya..


namun, yang membezakan setiap manusia itu adalah jalan- jalan yang dipilih. sebagaimana firman Allah
"tunjukkan lah kami ke jalan yang lurus. jalan orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya, bukan mereka yang engkau murkai dan bukan mereka yang sesat"(alFatihah:6-7)
setiap hari 17kali doa ini dilafazkan didalam solat, jalan apakah itu?

pertama-tama marilah kita mengenal Allah dari sudut
1)rububiyah-kekuasaan Allah itu sendiri
2)uluhiyah
3)asma' wa sifat-sifat-sifat Allah..

kadang kala manusia cenderung memberi gambaran kepada tuhan yang tidak upaya mereka lihat. seperti agama Hindu yang menggambarkan tuhan mereka seakan- akan perawakan orang India.
manakala orang Budha memberi gambaran tuhan mereka yang berperawakan seperti orang cina, bermata sepet bahkan berperut buncit.
dengan cara ini, mereka rasa lebih dekat dengan tuhan. dan antara tujuan lain adalah untuk mencapai kebahagiaan pada kehidupan yang terakhir
"dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi".(AliImran3:85)

sebelum meninjau lebih jauh tentang agama lain, mari kita meninjau sudut fahaman orang islam itu sendiri
jika anda ditnyakan mengapa anda beragama islam, apakah jawapan anda?
A. sudah dilahirkan islam sejak lahir lagi
B. kerana mak n ayah sudah islam, atuk dan nenek pun dulu islam juga
C. dikampung semua pun islam
D.
kerana islam itu agama yang benar


jika anda memilih
A. apakah dosa anak- anak orang kafir yang lahir dari dalam rahim seorang kafir. apakah tuhan itu tidak adil? hanya kerana dia berasal dari benih yang mengingkari tuhan mereka?
B. jika ibu bapa anda bukan islam, adakah anda masih mengekalkan keimanan sebagai seorang muslim pada saat ini?
C. tidak pantas untuk memiliki jawapan seperti ini
D. tunjukkan lah kepada saya bukti islam itu benar. jika anda berani menyatakan islam itu benar. dunia ini bukanlah bodoh, hanya menyatakan benar lantas terus terpercaya?

justeru, jawapan apakah layak dibagi sebagai jawapan?
islam ini bukanlah agama taqlid(ikut- ikutan) semata- mata. islam adalah agama pencarian, tidak wajar kita menyatakan bahawa aku islam kerana sudah dilahirkan islam, atau ibuku seorang islam, tetapi katakan lah bahawa aku islam kerana aku yakin dan percaya bahawa islam itu benar dengan bukti- bukti yang nyata yaitu AlQuran dan AsSunnah.
maka, islam itu harus dicari. tuhan maha adil. walaupun orang itu kafir, tetapi jika dia mencari hidayah dan kebenaran, dan seandainya Allah mengkehendaki dia mendapat hidayah maka dia akan mendapatkannya.


jadi, jalan mengenal Allah haruslah dengan bukti yang nyata iaitu dalil aqli dan naqli.
dimana sebagai contoh Allah menyuruh manusia melihat alam sebagai bukti tanda kebesarannya.
"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang terdapat tanda- tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (AliImran 3:190)

dan islam juga bukan kerana agama tersebut sudah lama dianuti oleh ibu bapa mahupun nenek moyang.
telah Allah lakarkan di dalam AlQuran
"bahkan mereka berkata "sesungguhnya kami mendapati nenek moyang kami menganut suatu agama dan kami mendapat petunjuk untuk mengikut jejak mereka"(azZukhruf 43:22)

"dan apabila dikatakan kepada mereka "ikutlah apa yang telah diturunkan Allah", "(tidak) kami mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami". padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun, dan tidak mendapat petunjuk."( AlBaqarah 2:170)
lagi;
(5:104)
(21:53)
(26:74)
(31:21)


dan adakah kita juga menyakini islam itu benar dengan hanya menduga semata- mata sebgaimana orang- orang kafir berperasangka

" dan kebanyakan mereka hanya mengikut dugaan. sesungguhnya dugaan itu tidak sedikit pun berguna untuk melawan kebenaran. sungguh Allah maha mengetahui apa mereka kerjakan(Yunus 10:36)

dan yang paling penting adalah, majoriti itu tidak semestinya benar. sebagaimana firman Allah
"dan jika kamu mengikui kebanyakan orang dimuka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanyalah persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan"(AlAn'am 6:116)

maha suci Allah, semoga kita tidak termasuk kedalam ciri- ciri yang telah Allah nyatakan didalam AlQuran. sedar bagaimana sempitnya dada ini dengan ilmu- ilmu tentang islam dan bagaimana AlQuran banyak mengajar kita tentang hidup dan memberi garis untuk dituntun oleh manusia. perbahasan kali ini tidak menyentuh banyak tentang jalan- jalan ynag dipilih tetapi secara tidak langsung menunjuk bagaimana memilih jalan. dapat saya simpulkan bahawa ketika memilih jalan tersebut tidak boleh hanya mengikut(taqlid) sama ada ibu bapa mahupun nenek moyang, hanya menduga, atau menganggap majoriti itu benar.

Islam awalnya asing, dan kelak akan kembali asing sebagaimana awalnya. Maka beruntunglah bagi al-Ghurabaa'(orang-orang yang asing)" (HR. Muslim, dari Abu Hurairah)

jelas perbezaan jalan yang dipilih oleh orang- orang kafir dan muslim adalah berbeza. namun yang paling ditakuti adalah jalan yang dipilih oleh muslim tersebut yang kelihatan sudah benar tetapi sepanjang melalui jalan tersebut mereka terpesong sehingga tidak sampai kepada tujuan yang ingin dicapai. hal ini akan dibahas lebih lanjut dalam tajuk 'mawani' fi ma'rifatullah'(halangan- halangan mengenali Allah)

wallahua'lam

~by sweetprunE

Wednesday, June 24, 2009

apa kata ustaz??

malam ni ade ta'lim kat masjid..kau pergi tak??
uhum, aku tak boleh masuk masjid la..
aik?? sejak bila kau takboleh masuk masjid?
aku tengah menstruation la..pmpuan yang 'datang bulan' mane boleh masuk masjid..
ooo, yeke, siapa yang cakap?
ustaz aku kata....
eh, tapi ustaz aku cakap boleh je..
tapi...ustaz aku cakap tak bole..so macam mne?
ustaz aku belaja jauh tu..kat mesir...
ustaz aku pun balajar kat luar negara juga, belajar kat jordan lagi...ustaz kau mazhab apa?
mazhab syafe'i la..
ooo..habis tu, kita nak ikut siapa ni? sume yang cakap tu tittle nya ustaz..takkan salah kot..sudah belajar tinggi-tinggi...macam mana ni?


biasa dengar macam ni dalam kehidupan anda?

kan susa bila timbul persoalan macam ni...so apa yang kita kena buat? apa yg dapat membawa kita keluar dari permasalahan ini? and lebih penting lagi, macam mana nak dapat kan jawapan yang betul...

tak susah...


teruskan membaca....^-^

sekolah tercinta(",)


payah la, kalau semua orang ada ustaz dan masing- masing ustaz ada pendapat yang berbeza. masalah ini tidak berkisar pada persoalan yang seperti ini sahaja tetapi sering melibatkan kehidupan sehari hari. pada yang tak kesah mungkin akan terima sahaja, tetapi pada yang memikirkan, mungkin pelik hal ini akan terjadi lebih- lebih lagi kalau melibatkan amalan dalam hidup...

so, we have to make our stand!

mari kita dengar apa firman Allah swt
:

"mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib- rahibnya sebagai Tuhan selain Allah dan al masih putra Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Allah..............."(atTaubah 9:31)

kemudian ayat ini dijelaskan lagi dengan hadith nabi:

Rasulullah saw telah menjelaskan pengertian ayat ini kepada ‘Adiy bin Hatim ath-Tha’i, seorang Nasrani pada zaman jahiliyyah.

Setelah memeluk Islam, ia memasuki rumah Rasulullah saw ketika beliau sedang membaca ayat di atas. Mendengar bacaan itu ‘Adiy berkata:

“Mereka tidak menyembah para pendeta dan rahib?”

Rasulullah saw bersabda:


“Betul.. Sesungguhnya mereka mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, lalu mereka mengikutinya, itulah penyembahan kepada mereka
(HR. at-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Jarir)


Lihat Tafsir Ibnu Katsir, juz: 2 hal: 459

Jadi, di manakah letak diri seseorang apabila mendengarkan sesuatu yang keluar dari mulut seseorang yang dipercayai dan lebih- lebih lagi dengan tittle ustaz dan ustazah langsung menerimanya membabi buta tanpa terpalit pun dihatinya untuk mengetahui keshahihan dan sumber hadith yang dipakai sebagai hujah?


And, salahkah kita meminta pendapat orang yang lebih arif untuk bertnya?
jawapannya: tak salah, tetapi yang salahnya apabila kita langsung menerima membabi buta tanpa melihat kesahihan dan kebenaran yang disampaikan.

macam mana nak tahu kesahihan dan kebenaran yang disampaikan?
jawapan: mudah saja, seperti study, kita akan merujuk pada reference book atau sumber2 yang telah terbukti benar. begitu lah juga dalam hal ini, kita kembali kepada Al-Quran dan AsSunnah sebagai sumber rujukan yang utama dalam hidup ini.

mana sempat nak rujuk hadith, Quran sume, aku bukan belaja syariah pon dulu?
jawapan:tak sempat? banyak yang kene tahu? mulakan dari sekarang.. sket- sket takpe...buat sekadar yang mampu. beban belajar agama bukan hanya terletak pada bahu pelajar-pelajar syariah, tasawwuf dll, tetapi terletak pada bahu setiap muslim..

bagaimana proses merujuk? bagaimana cara mendapatkan bukti kebenaran? case seperti ape yang harus melalui prosedur2 macam ni?

jawapannya: kita tunggu selepas ini^-^..(jgn mara)


disini dapat saya simpulkan bahawa, dalam perbahasan agama yang melibatkan amalan, feqah dan sebagainya, sangat lah penting untuk mengetahui keshahihan dalam menjaga kelestarian agama agar tidak dicampur dengan unsur- unsur penipuan dan percampuran adat yang mungkin sudah menjadi amalan turun termurun.(seperti ustaz tu pon mayb dengar daripada ustaz dia dlu2, n ustaz dia dlu2 dengar dr ustaz dia yg lagi dlu, then kita yang tak tau ape2 sampaikan pada anak kita, anak kita sampai pada anak die, sedangkan tidak tahu pon sumber tu benar atau tidak) sampai bila perkara ini akan berlanjut..find out the truth!

when there is a will, there is a way.....^-^
wallahu'alam..


Wednesday, June 17, 2009

temui aku disana


rasa da lama tak meng 'update' blog ini...=) actually nak upgrade blog ni tapi tak pandai sgt ngan comp system..huhu..sedeyh..takpe2. nanti blajar lagi..

dipetang yang hening ini bnyak mengingatkan saya akan kenangan- kenangan hidup..ade yang pahit, manis..terasa diri ini kerdil nak dibandingkan dengan dunia Allah yang luas. sering diri alpa dalam kemanisan duniawi yang tak mengenal kawan dan lawan. turut terlarut bersama keinginan yang palsu.

semua manusia tu fitrahnya sama, ingin kan bahagia, di dunia mahupun akhrat..yang membezakan bagaimana manusia mengecap kebahagian. jalan yang dipilih dan onak duri yang ditempuh. sering kali diri ini tertipu dengan corak mainan dunia.. berapa lama lagi diri ini akan terus dibiar tertipu..sedih.. meskipun ku ulangi dosa- dosa, namun ku sedari keampunan mu tidak bertepi..

"sesungguhnya, mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala org yg berbuat kebaikan itu."(alKahf:30)

dalam payah mencari sinar, dalam sendu memohon ampunan..

bersama kasih ku panjatkan, kan ku daki walaupun sukar....
kepada teman~
hulurkanlah tangan, tak tercapai aku tanpa ranjutan sokonganmu..
kepada kasih~

diri ini terlalu lemah, aku perlu tuntunan..


"disana, pertolongan itu hanya dari Allah yang Maha Benar. Dialah pemberi pahala terbaik dan pemberi balasan terbaik.."(alKahf:44)

Tuesday, May 26, 2009

rehlatul wida'


Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara


thanx sahabat..kerana kamu, aku masih disini...
thanx sahabat..kerana kamu masih disisi..
thanx sahabat..kerana kamu sahabat sejati...




adelin n qamarina...sarangey..^-^






bersama bonda di dini hari..


kuliah tiga mnit@setengah jam..^-^


mutiara charita in memory...~

"dan hendaklah diantara kamu segolongn umat yang menyeru kepada kebajikan. menyuruh kepada ma'fuf dan mencegah dari mungkar. merekalah orang-orang yang beruntung"(aliImran:104)