Wednesday, December 9, 2009

panduan membeli buku agama..


alhamdulillah saya diberi kesempatan dan ruang untuk nge-blog kembali. semoga entry pada kali ini memberi manfaat buat semua.^_^
i'll try make it short..
topik- topik seputar yang sering dibincangkan kini semakin hangat. membuatkan ramai yang tertanya bagaimana mendapatkan buku atau sumber rujukan yang baik dalam proses memahami agama. oleh kerana buku- buku yang berbasiskan agama semakin banyak dan 'bersepah- sepah' di market boleh membuat seseorang itu pening untuk memilih buku yang mana terbaik untuk dirujuk atau dijadikan pedoman dalam hidup. bahkan, bagi yang baru mula berjinak- jinak dengan agama akan merasakan beban untuk menimba ilmu ini dan akhirnya 'kelewatan semangat'..

sebelum mengenal dengan buku, jom kita ketahui terlebih dahulu dalil tuntutan menuntut ilmu dan fadhilat menuntut ilmu neyh..

dalil tuntutan membaca
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan"
(al'Alaq 96: 1)

"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah"
(al'Alaq 96: 3)


menurut Imam Syaukani dalam kitabnya Fatul Qadir ayat ini bermaksud bacalah apa yang diwahyukan..ataupun
perkara yang dibaca haruslah berdasarkan wahyu.
walaupun tajuk ini tentang 'buku' namun jangan lupa sistem belajar dari pengajar merupakan susur galur yang diperlukan untuk mendapat keberkatan. kita tidak boleh terlalu ekstrim seperti belajar sendiri sahaja dengan hanya membaca kerana ditakuti salah dalam memahami atau salah dalam penafsiran. oleh itu
talaqqi(berguru) juga penting dalam proses belajar. seperti menghadiri kuliah ulama', kelas agama, atau yang lebih simple belajar dengan orang yang lebih pengetahuannya dari kita. dalil tentang talaqqi ini ada pada (alQiyamah 75:16-18) check ok! ingatlah hanya dengan ilmu kita dapat memahami serta mengamalkan hidayah Allah.

dalam menuntut ilmu selalulah berdoa...
"......dan Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
(Thaha 20: 114)


fadhilat orang yang berilmu
jika Allah inginkan kebaikan bagi manusia, Allah akan beri hidayah dengan mendekatkan diri manusia itu pada ilmu agama. Allah juga membezakan orang yang berilmu dan tidak berilmu sebagaimana dalam ayat:
".....Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
(azZumar 39: 9)

"barangsiapa yang Allah menginginkan kebaikan bagi dirinya, maka Allah akan membimbing untuk mempelajari agama"(HR Bukhari dan Muslim)


then,
back to the basic, ilmu agama ini apa- apapun akan kembali kepada Alquran dan juga Sunnah.
sekadar mengingatkan, tidak ada yang lebih mengetahui melainkan Allah.

bagaimana kita tahu kena solat?
sebab Allah cakap dalam alQuran( alBaqarah 2: 110)

bagaimana kita tahu pergerakan dalam solat, wudhuk dan sebagainya?
sebab dijelaskan dalam hadith nabi.."solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat(HR Bukhari) dan hadith- hadith lain.

puasa??
Allah jawap lagi dalam alQuran (alBaqarah 2: 183)

betul ke ada tahajjud?
(alFurqan 25: 64)


betul ke kita disunnahkan beri salam, bersedekah, berzikir? dan cara- caranya??
cari.....


macam mana nak cari?
huhu..

jadi setiap amalan pasti ada dalil yang mensyariatkannya, mungkin dari alQuran atau hadith, dan mungkin juga dicontohi oleh para sahabat. kerana para sahabat itu merupakan orang yang paling dekat dengan nabi dan lebih memahami situasi ketika hadith itu berlaku.

kitab- kitab yang terbit dari sumber ini(alQuran dan Hadith) dapat dibahagi kepada beberapa bahagian supaya senang untuk dijelaskan.

  1. kitab primer
  2. kitab sekunder
  3. kitab tertier
  4. kitab quartus

jadi apabila kita pergi ke kedai buku agama, senang untuk kita memilih buku jenis apa yang dicari. sebab kat kedai ada macam- macam jenis buku. belum lagi macam- macam penulis, penerbit, tajuk..

kitab primer
kitab yang langsung
mensyarahkan ayat alQuran dan hadith
contoh: tafsir ibnu katsir(alQuran), Fathul bahri(shahih bukhari)

kitab sekunder
kitab yang menggolongkan
perbahasan kepada akidah, feqah atau akhlak dll.
contoh: fathul majid(bahas tentang aqidah), fiqh manhaj(bab-bab feqah), al-umm(ni kitab imam syafie), riyadus solihin(mengelaskan kepada adab, keutamaan2, akhlak, salam)
kitab ni sering ada takhrij(dinilai kembali kedudukan hadith) so,
hati-hati sewaktu beli kitab ini, tanyakan sama ada ada kitab takhrij nya ataupun tidak. sebab mungkin sewaktu menulis buku ini terjadi kesilapan dan dibetulkan kembali oleh penulis atau ulama' setelahnya.

kitab tertier
spectrum nya lebih sempit dan lebih spesifik lagi dalam
mengkhususkan perbahasan agama seperti membincangkan bab- bab tertentu dan dibahagi mengikut topic. biasanya bersaiz lebih kecil dan nipis.
contoh: zakat, puasa, sifat solat nabi,tahajjud nabi, thaharah
kitab tertier ini mengambil rujukan dari kitab primer dan sekunder dan sering mendatangkan lebih dari satu pendapat.
>>
buku ini paling sesuai untuk pemula sebab lebih ringan dan mudah dirujuk..(^_^)



kitab quartus
kitab ini kitab agama yang
dikaitkan dengan beberapa bidang profesional seperti perubatan, sains kadang- kadang tentang pengalaman hidup atau kajian semasa dll. ayat Quran atau hadith- hadith biasanya disertakan tetapi cuma untuk mengaitkan dengan isi- isi penting dan tidak diperdalam.
contoh:kesihatan menurut sunnah(Dr daniel) the choice((ahmed deedat)
buku- buku seperti ini
tidak digalakkan membacanya kerana bercampur baur dengan pemikiran penulis namun tidak dinafikan ada kebaikannya.

panduan lain:
footnote. biasanya buku yang baik adalah menyediakan footnote sebagai rujukan pembaca. contohnya apabila penulis menyajikan hadith, dia tidak lupa melampirkan siapa yang meriwayatkan dan derajat hadith tersebut, sama ada shahih, hassan( yang boleh diterima hujah) atau dhaif. atau kitab hadith tersebut.

penulis dari ulama' terkenal, imam ahlussunnah seperti imam-imam hadith, ibnu taimiyyah, ibnu jauzy, ibnu qayyim, imam- imam mazhab(Hambali, Syafie'), nasiruddin al-albani, abdul aziz abdullah bin baz(mufti arab saudi), yusuf qaradawy, Dr MAZA, abdul qadir jawaz(indonesia).

jika penulis yang mungkin tidak terkenal, biasakan dengan membeli buku yang mempunyai tahqiq(disunting) atau recommendation dari ulama' besar.
kalau tidak tahu mungkin boleh bertanya kepada sebelum membeli.

penerbit
kadang ada penerbit yang menjaga mutu isi kandungan buku terbitannya seperti penerbit atTibyan, alKautar, darusSunnah, pustaka imam syafie(ini contoh- contoh di msia dan indo)

kedai buku
juga ada kedai buku yang sangat menjaga buku- buku yang dijual. kenali kedai- kedai seperti ini agar memudahkan kita memilih buku. kalau di indo mungkin boleh membeli di kwitang
(toko ahlussunnah).

namun, perlu diperhatikan kesalahan- kesalahan dalam penterjemahan. ini merupakan kekurangan apabila mempelajari hasil dari terjemahan. dari bahasa arab ke bahasa msia atau indo.. jadi sebaiknya, apabila ingin
mempelajari kitab- kitab tafsir atau hadith sebaiknya belajar dalam bahasa asalnya iaitu bahasa arab... :p jadi, mungkin pada 'bekas' pelajar bahasa arab dapat memanfaatkan ilmu bahasa arabnya ketika disekolah.

hati- hati kepada buku yang mempunyai fahaman- fahaman tertentu. mereka sering menyandarkan dalil tetapi berlaku maradhus syubhah( penyakit syahwat) dalam memahami dan melaksana kan ilmu agama. seperti syiah, islam liberal dll...

sekian, segala kekurangan dengan berlapang dada saya menerima teguran dan masukan. panduan memilih ini bukanlah sesuatu yang wajib diikuti tetapi mungkin dapat memudahkan bagi individu yang mencintai ilmu.. konsep yang sama dapat diaplikasi dalam mencari sumber rujukan yang lain seperti internet. pastikan terdapatnya nota rujukan seperti ayat ke berapa dalam surah tertentu, atau hadith yang diriwayatkan oleh siapa.

ingat, jangan 'kelewatan semangat'. berkobar- kobar belajar agama akhirnya lelah, dan berhenti sama sekali. mungkin lebih baik secara bertahap dan berterusan... lakukan mengikut kemampuan diri. jangan terlalu memaksa, seperti membaca buku- buku yang berat dan level yang tinggi. Dan jika confuse jangan malu untuk bertanya dan menyebabkan anda fobia untuk mengenal agama.

kesimpulannya kita dituntut untuk membaca ayat- ayat Allah serta selalu berdoa kerana tiadanya hidayah melainkan atas kehendak Allah. Pertama- tama sewaktu membeli buku, tetapkan dulu jenis buku yang diinginkan sama ada tafsir alQuran sahaja, perbahasan pertopic seperti solat, atau inginkan buku- buku himpunan hadith shahih. Kemudian perhatikan isi kandungan dan footnote yang disediakan, penulis dan penerbit.

So sekarang boleh la aplikasikan dengan membeli buku- buku tertier..


akhir kalam selamat study pada teman- teman...

thanx kepada holyprince kerana menyampaikan ilmu..^^ thanx again pada mak atas koreksinya!

(
menulis sambil menunggu loading cerita "cinta sempurna".).^_^

Wednesday, December 2, 2009

kerana aku wanita~


Rindu..rindu..rindu…rindu…!!

Riak- riak air mata mula kelihatan. Entah kenapa hari ini sangat sedih. Sangat sensitif. Wajah didongak kan ke langit yang membiru. Sayu. Semuanya terlihat suram dan kelam..


Perlahan langkah diatur. Dari jauh kelibat seseorang yang dikenali membuatnya menunduk. Tidak berani menoleh. Kelibat itu melintasi dirinya tanpa pamit.


Hitam kah hati? Mungkin bahana dosa- dosa hari ini atau lalu…

Jiwa cuba mengungkai pintalan tali kesedihan yang melanda. Semuanya bercampur baur.


Mata kembali memandang ke arah langit. Mengharap suatu ketenangan.. dentuman guruh menambah rasa gundah yang melanda..


Mungkin kerana kebodohan.. diri ini sering lupa dan alpa.. menyesali benda yang tidak boleh diputar kembali benar- benar menyiksa jiwa.


Maafkan diri ini kerana tidak sempurna. Benak air mata mula terlihat lagi. Suatu perasaan yang sukar dimengerti. Mungkin kehendak tidak dituruti. Atau mungkin lelah menunggu. Penat merindu. Saat ini hatinya seperti kaca tipis yang menanti waktu untuk pecah berderai.


Diraup wajah sambil beristighfar. Mengharapkan ampunan dari Allah yang maha esa. Yang maha memahami hatinya saat ini. Tersentak dari lamunan yang menuntun hati.


Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari rasa gundah gulana dan kesedihan, lemah dan malas, kedekut dan penakut, lilitan hutang dan penguasaan orang lain..(HR Bukhari)

.........

Teringat semalam( 1dec 09) ketika kuliah Dr Noto Alfiah, beliau yang beragama Kristian menyatakan dalam kuliah anestesinya bahawa anestesi pertama dalam alam ini adalah oleh Allah, yang mana pada ketika diciptakan Eva(Hawa) dari tulang rusuk kiri Adam tanpa rasa sakit.


Kemudian sambung beliau lagi kenapa wanita itu dari tulang rusuk, kenapa bukan tulang kepala dan kaki? Kerana kalau kepala, wanita itu akan besar kepalanya, kalau kaki nanti akan diinjak oleh lelaki. Kenapa tulang rusuk? Kerana dekat dengan hati, untuk dijaga dan disayangi.


Kata- kata terakhir berliau disambut dengan sorak- sorak nakal pelajar lain. Saya turut ketawa. Entah mungkin senang mendengar wanita itu harus disayang dan mngkin juga tertarik dengan kisah yang didengar bahwa orang kristian juga percaya Hawa dari tulang rusuk adam..


”Berwasiatlah tentang kebaikan terhadap wanita kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau paksakan untuk meluruskannya nescaya akan patah dan jika engkau membiarkannya tetap bengkok. Maka berwasiatlah tentang kebaikan terhadap wanita”(HR Bukhari)

Sewaktu pertama kali belajar anatomi, saya sempat mengira jumlah tulang rusuk lelaki, anehnya jumlah tetap sama dengan wanita. Masa sekolah dulu pernah juga terdengar bahawa lelaki kurang satu jumlah tulang rusuk akibat diambil oleh wanita. Sekali lagi tertipu dengan sangkaan.


Orang mudah tertipu lebih- lebih lagi dalam urusan agama. Sebagaimana yang telah dibahas pada tajuk thoriq ila fi ma’rifatillah dimana sesorang itu cenderung mempelajari agama secara taqlid(ikut- ikutan) dan berperasangka. Mungkin kerana dari kecil sudah diasuh begitu.


Sebahagian besar ibu bapa meletakkan sepenuhnya malah boleh dikatakan 100% tanggungjawab mendidik dan memperlajari agama di bahu ustaz dan ustazah disekolah.


Jadi setiap yang diperkatakan oleh guru- guru agama terus tersemat didalam hati, sehingga boleh menyebabkan mereka terkeliru antara amal yang benar- benar disyariatkan dan pendapat peribadi guru agama tersebut. Namun tidak dinafikan dalam menuntut ilmu diperlukan seorang guru untuk membimbing.


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (atTahrim: 6)


Bahaya yang timbul dari tindakan ibu paba tadi adalah perkara- perkara bid’ah (yang diada-adakan) akan timbul. Sedangkan Allah janjikan bahawa ajaran islam yang dibawa oelh Rasulullah ini telah sempurna.


“Pada hari ini telah aku sempurnakan agama (Islam) untuk kalian, dan telah aku cukupkan nikmat-Ku atas kalian, dan Aku telah ridha Islam menjadi agama kalian”(alMaidah 5:3)


Justeru, kita kini yang bakal mewarisi dunia harus memperteguh keimanan dan ketaqwaan agar menghasilkan zuriat yang mencintai Allah dan rasulnya.. serta mempelajari agama atas dasar tanggungjawap.


Buat gadis, anak kepada ibu bapanya juga gadis yang bakal bergelar isteri dan ibu.^-^ serta peringatan buat diri ini yang sering lupa..


wanita..

kelembutannya bukanlah untuk dijual beli. tetapi untuk mendamai kan sang hati.


”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(arRum 30:21)



Orang sering berkata air mata adalah kekuatan bagi wanita, bagi saya ada benarnya, namun kadang kala air mata hanya menambah sesak didada serta beban dijiwa.


Kerana wanita itu sukar dimengerti. Kadang tawanya menahan duka, kadang tangisnya membawa seribu makna. Marah, sedih, gembira..rindu.... namun Allah menciptakan hambaNya supaya bisa tertawa dan menangis.


”dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”(anNajm 53: 43)


Memang wanita ingin disayang, dimanja, dibelai..tapi..sabar ye...nikah dulu..^-^


Wanita yang solehah merupakan sebaik- baik perhiasan...


"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)


”tidak ada perkara yang lebih bagus bagi seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah daripada isteri shalihah, bila ia menyuruh maka dia mentaati, bila ia memandangnya membuat hati senang, bila bersumpah maka ia mendukungnya dan bila ia pergi maka ia dengan tulus menjaga diri dan hartanya

(Hr ibnu Majah)


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Walau apa pun, kepada wanita..bersabar lah...hati- hati pada setiap langkah yang diambil, kerana wanita merupakan golongan yang paling banyak jumlahnya di neraka..


“Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit jumlahnya dari golongan wanita” (HR. Bukhari dan Muslim)


"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penduduk neraka terbanyak”. (HR. Bukhari dan Muslim)


Kedua hadith ini sudah cukup jelas.


Cuma yang ingin saya sentuh adalah beberapa fenomena wanita pada masa kini yang mungkin boleh diambil ikhtibar dan pengajaran buat semua..(”,)


1. Berpakaian tetapi....

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim)


2. make up atau berhias berlebihan


“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama.” (QS. Al Ahzab : 33). Tabarruj adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang mestinya ditutup karena hal itu dapat menggoda kaum lelaki.


“Barangsiapa mengenakan pakaian syuhroh di dunia, niscaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini hasan) Pakaian syuhroh di sini bisa bentuknya adalah pakaian yang paling mewah atau pakaian yang paling kere atau kumuh sehingga terlihat sebagai orang yang zuhud. Kadang pula maksud pakaian syuhroh adalah pakaian yang berbeda dengan pakaian yang biasa dipakai di negeri tersebut dan tidak digunakan di zaman itu. Semua pakaian syuhroh seperti ini terlarang.


make up atau berhias berlebihan ini dapat dilihat apabila menghadiri makan malam, atau perayaan tertentu.


3. wangi- wangian

Setiap wanita mana saja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya itu, berarti dia telah berzina”. [Hadits ini Shahih. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Imam Tirmidzi. Imam Nasa'i]


wallahua'lam.....(",)m