Monday, July 13, 2009

atThoriq ila ma'rifatullah


salam, semoga post kali ini memberi manfaat kepada semua. sebarang kekurangan dengan berlapang dada saya sudi mendengar teguran dan feed back dari anda. semoga Allah merahmati~

tajuk kali ini adalah berkenan tentang atThoriq ila ma'rifatullah yang bermaksud jalan-jalan kepada mengenal Allah.

sering kali manusia tersalah memilih jalan yang diambil untuk sampai kepada tuhan mereka. dengan niat yang suci, iaitu menggapai keampunan tuhan dan mencari keredhaan, bahkan menjerumuskan mereka ke kancah kesesatan dan neraka adalah tujuan yang terakhir. mahukah kita tergolong dalam golongan yang salah, hanya kerana tersilap satu langkah, sehingga memesongkan akidah dan yang dicapai bukanlah keredhaan tetapi kemurkaan.


telah jelas bahawa tuhan adalah Allah, dan Muhammad pesuruhNya..


namun, yang membezakan setiap manusia itu adalah jalan- jalan yang dipilih. sebagaimana firman Allah
"tunjukkan lah kami ke jalan yang lurus. jalan orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya, bukan mereka yang engkau murkai dan bukan mereka yang sesat"(alFatihah:6-7)
setiap hari 17kali doa ini dilafazkan didalam solat, jalan apakah itu?

pertama-tama marilah kita mengenal Allah dari sudut
1)rububiyah-kekuasaan Allah itu sendiri
2)uluhiyah
3)asma' wa sifat-sifat-sifat Allah..

kadang kala manusia cenderung memberi gambaran kepada tuhan yang tidak upaya mereka lihat. seperti agama Hindu yang menggambarkan tuhan mereka seakan- akan perawakan orang India.
manakala orang Budha memberi gambaran tuhan mereka yang berperawakan seperti orang cina, bermata sepet bahkan berperut buncit.
dengan cara ini, mereka rasa lebih dekat dengan tuhan. dan antara tujuan lain adalah untuk mencapai kebahagiaan pada kehidupan yang terakhir
"dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi".(AliImran3:85)

sebelum meninjau lebih jauh tentang agama lain, mari kita meninjau sudut fahaman orang islam itu sendiri
jika anda ditnyakan mengapa anda beragama islam, apakah jawapan anda?
A. sudah dilahirkan islam sejak lahir lagi
B. kerana mak n ayah sudah islam, atuk dan nenek pun dulu islam juga
C. dikampung semua pun islam
D.
kerana islam itu agama yang benar


jika anda memilih
A. apakah dosa anak- anak orang kafir yang lahir dari dalam rahim seorang kafir. apakah tuhan itu tidak adil? hanya kerana dia berasal dari benih yang mengingkari tuhan mereka?
B. jika ibu bapa anda bukan islam, adakah anda masih mengekalkan keimanan sebagai seorang muslim pada saat ini?
C. tidak pantas untuk memiliki jawapan seperti ini
D. tunjukkan lah kepada saya bukti islam itu benar. jika anda berani menyatakan islam itu benar. dunia ini bukanlah bodoh, hanya menyatakan benar lantas terus terpercaya?

justeru, jawapan apakah layak dibagi sebagai jawapan?
islam ini bukanlah agama taqlid(ikut- ikutan) semata- mata. islam adalah agama pencarian, tidak wajar kita menyatakan bahawa aku islam kerana sudah dilahirkan islam, atau ibuku seorang islam, tetapi katakan lah bahawa aku islam kerana aku yakin dan percaya bahawa islam itu benar dengan bukti- bukti yang nyata yaitu AlQuran dan AsSunnah.
maka, islam itu harus dicari. tuhan maha adil. walaupun orang itu kafir, tetapi jika dia mencari hidayah dan kebenaran, dan seandainya Allah mengkehendaki dia mendapat hidayah maka dia akan mendapatkannya.


jadi, jalan mengenal Allah haruslah dengan bukti yang nyata iaitu dalil aqli dan naqli.
dimana sebagai contoh Allah menyuruh manusia melihat alam sebagai bukti tanda kebesarannya.
"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang terdapat tanda- tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (AliImran 3:190)

dan islam juga bukan kerana agama tersebut sudah lama dianuti oleh ibu bapa mahupun nenek moyang.
telah Allah lakarkan di dalam AlQuran
"bahkan mereka berkata "sesungguhnya kami mendapati nenek moyang kami menganut suatu agama dan kami mendapat petunjuk untuk mengikut jejak mereka"(azZukhruf 43:22)

"dan apabila dikatakan kepada mereka "ikutlah apa yang telah diturunkan Allah", "(tidak) kami mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami". padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun, dan tidak mendapat petunjuk."( AlBaqarah 2:170)
lagi;
(5:104)
(21:53)
(26:74)
(31:21)


dan adakah kita juga menyakini islam itu benar dengan hanya menduga semata- mata sebgaimana orang- orang kafir berperasangka

" dan kebanyakan mereka hanya mengikut dugaan. sesungguhnya dugaan itu tidak sedikit pun berguna untuk melawan kebenaran. sungguh Allah maha mengetahui apa mereka kerjakan(Yunus 10:36)

dan yang paling penting adalah, majoriti itu tidak semestinya benar. sebagaimana firman Allah
"dan jika kamu mengikui kebanyakan orang dimuka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanyalah persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan"(AlAn'am 6:116)

maha suci Allah, semoga kita tidak termasuk kedalam ciri- ciri yang telah Allah nyatakan didalam AlQuran. sedar bagaimana sempitnya dada ini dengan ilmu- ilmu tentang islam dan bagaimana AlQuran banyak mengajar kita tentang hidup dan memberi garis untuk dituntun oleh manusia. perbahasan kali ini tidak menyentuh banyak tentang jalan- jalan ynag dipilih tetapi secara tidak langsung menunjuk bagaimana memilih jalan. dapat saya simpulkan bahawa ketika memilih jalan tersebut tidak boleh hanya mengikut(taqlid) sama ada ibu bapa mahupun nenek moyang, hanya menduga, atau menganggap majoriti itu benar.

Islam awalnya asing, dan kelak akan kembali asing sebagaimana awalnya. Maka beruntunglah bagi al-Ghurabaa'(orang-orang yang asing)" (HR. Muslim, dari Abu Hurairah)

jelas perbezaan jalan yang dipilih oleh orang- orang kafir dan muslim adalah berbeza. namun yang paling ditakuti adalah jalan yang dipilih oleh muslim tersebut yang kelihatan sudah benar tetapi sepanjang melalui jalan tersebut mereka terpesong sehingga tidak sampai kepada tujuan yang ingin dicapai. hal ini akan dibahas lebih lanjut dalam tajuk 'mawani' fi ma'rifatullah'(halangan- halangan mengenali Allah)

wallahua'lam

~by sweetprunE